SALAM 1 MALAYSIA

SEGALA PANDANGAN SERTA TEGURAN DIALU-ALUKAN DI BLOG SAYA..MARILAH KITE BERINOVASI BERSAMA-SAMA DEMI MELAHIRKAN SISWAZAH YANG BERKUALITI YANG DILAHIRKAN DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.CHAYOK2

Tuesday, January 19, 2010

KERJASAMA DALAM MEMANTAPKAN TEKNOLOGI



UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama dengan Altriz Technology Sdn Bhd (Altriz Technology) bagi membangunkan penyelidikan teknologi pertahanan marin dan kepelautan. Memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dimeterai universiti berkenaan dengan syarikat tempatan itu di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Perjanjian lima tahun itu, merangkumi kerjasama pembangunan simulator latihan ketenteraan dan kepelautan, teknologi pertahanan marin dan perkongsian kemudahan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta uji kaji. kerjasama ini usaha pertama bagi menjayakan projek penyelidikan Naval Flet Training Simulator. Projek pertama seumpama ini merangkumi kajian teknologi simulator kepelautan antara lain membolehkan kadet UPNM mengenal pasti jenis kapal dan lokasinya.

“UPNM mengalu-alukan langkah bijak Altriz Technology menjalin penyelidikan dengan universiti bagi memastikan kesesuaian teknologi bidang pertahanan dihasilkan dengan sistem pertahanan negara sedia ada. “Kerjasama ini bakal memangkin usaha UPNM untuk mewujudkan pusat simulator yang masih belum tercapai ketika ini. “Langkah ini diharap secara tidak langsung mengurangkan pergantungan negara kepada sistem dan teknologi pertahanan dari luar negara.
Sementara itu, Ahmad Safie menjelaskan Sistem Fleetwork Trainer sudah dipasang di Pusat Latihan Berkomputer, Fakulti Sains dan Teknologi UPNM bagi memulakan penyelidikan simulator latihan ketenteraan dan kepelautan. “Antara manfaat sistem ini adalah membolehkan kadet mengecam jenis kapal menerusi visual 3D serta berlatih merangka latihan menyelamat dan serangan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

SALAM INOVASI

asslamualaikum....dan hai kepada semua..

Saya Zaima binti said...merupakan pelajar tahun akhir dari FSSk yang mengambil kursus Sains pembangunan..