SALAM 1 MALAYSIA

SEGALA PANDANGAN SERTA TEGURAN DIALU-ALUKAN DI BLOG SAYA..MARILAH KITE BERINOVASI BERSAMA-SAMA DEMI MELAHIRKAN SISWAZAH YANG BERKUALITI YANG DILAHIRKAN DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.CHAYOK2

Wednesday, February 10, 2010

APAKAY YANG DIKATAKAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P?

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. ini bermaksud, ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan dengan kehendak P&P:
  • Berupaya meningkatkan keupayaan murid terhadap pelajaran.
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
  • Meningkatkan motivasi murid.
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri.
  • Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
  • Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan juga mencabar.
  • Membolehkan pelajar mencuba atau menjalankan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan menggunakan cara biasa.
  • Meningkatkan kreativiti pelajar dan daya imaginasi.
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan minima.
  • Meningkatkan kemahiran ICT>

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperolehi manfaat penggunaan ICT dalan P&P, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian. Antaranya ialah:

  1. Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan bidang terjun atau sebgai aktiviti sampingan yang tidak berkaitan dengan kurikulum.
  2. Guru mestilah menggunakan ICT sesuai dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
  3. Ada perkakasan dan juga perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

KEFAHAMAN KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MOD

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memudahkan para guru mengaplikasikan proses P&P dengan mudah yang melibatkan teknologi yang lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:
  • TUTORIAL
  • APLIKASI
  • PENEROKAAN
  • KOMUNIKASI

PROJET KURSUS

Semua pelajar bagi kursus ini telah diberi tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang ahli. setiap kumpulan diwajibkan mencipta alat pembelajaran tanpa menggunakan media atau alat elektronik..alat tersebut akan digunakan oleh tenaga pengajar untuk proses pembelajaran..bagi menarik minat para pelajar, kami diharuskan mencipta alat yang menarik mengikut kreativiti masing2..
Seterusnya, kami juga ditugaskan untuk mempersembahkan hasil kerja yang dibuat dalam bentuk video untuk dipertonton nanti.video tersebut haruslah dibuat mengikut elemen-elemen yang seharusnya ada dalam cara pembikinan sebuah video yang betul...kumpulan saya terdiri daripada zaima iaitu saya sendiri..ayub yahaya dan juga arwan sudir..kami akan berusaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya untuk memperolehi markah yang baik...chayok2